Jabatan Kawalan Bangunan bersama Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan tapak berkaitan permohonan kelulusan khas / rayuan pelepasan syarat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi tujuan permohonan lesen premis perniagaan pertanian.
Lawatan tapak ini merupakan sebahagian daripada usaha MPPD dalam memastikan setiap permohonan pembangunan dan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis dilaksanakan dengan mengambil kira aspek keselamatan, pematuhan peraturan, perancangan bandar serta kepentingan pembangunan ekonomi setempat.
Majlis Perbandaran Port Dickson sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan responsif kepada komuniti serta pemain industri dalam memastikan pembangunan di daerah Port Dickson dapat dilaksanakan secara terancang dan mampan.






