Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail di MPPD pada 1 hingga 3 September 2026. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Norazilah binti Daud, Pegawai Arkib, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Bengkel ini bertujuan membangunkan Klasifikasi Fail Am dan Klasifikasi Fail Fungsian MPPD secara teratur dan sistematik, sebagai salah satu usaha MPPD dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan rekod dan dokumentasi serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan rekod rasmi organisasi.






