LAWATAN TURUN PADANG TUAN YANG DIPERTUA MPPD KE PASAR LINGGI, PORT DICKSON
Pada 15 September 2026, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor bin Abd Hamid, telah mengadakan lawatan turun padang ke Pasar Linggi, Port Dickson.
Lawatan ini telah diselaraskan oleh Jabatan Kejuruteraan dan turut disertai oleh pegawai dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD serta wakil dari pihak kontraktor.
Lawatan turun padang ini merupakan salah satu pendekatan MPPD dalam memastikan setiap keperluan di lapangan diberi perhatian sewajarnya. Tinjauan secara langsung di lokasi membolehkan keadaan semasa Pasar Linggi diteliti dengan lebih dekat, khususnya berkaitan aspek kemudahan, penyelenggaraan dan keperluan penambahbaikan.
Sesi perbincangan dan semakan turut diadakan bersama pihak berkaitan di tapak bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas serta mengenal pasti perkara yang memerlukan tindakan dan perhatian lanjut.
Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen MPPD untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan dengan mengambil kira keperluan sebenar di lapangan, di samping memastikan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap yang baik, selamat, selesa dan kondusif untuk kegunaan masyarakat.






