MEMPERKASA PENGURUSAN TLK, MEMPERKUKUH KUALITI PERKHIDMATAN
17 September 2026 — Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) meneruskan komitmen memperkemas pengurusan kemudahan awam melalui lawatan tapak di sekitar Tempat Letak Kereta (TLK) Pasar Awam Lukut.
Lawatan diketuai YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD, bersama jabatan-jabatan dalaman MPPD serta Stellar Parking Sdn. Bhd.
Tinjauan ini memberi fokus kepada susun atur, keadaan semasa dan penyelarasan pengurusan TLK, bagi memastikan aspek operasi serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, cekap dan berkesan.
MPPD terus bergerak dengan pendekatan bersepadu — memperkemas pengurusan, memperkasa perkhidmatan, demi Port Dickson yang lebih teratur, selesa dan berkualiti.






