TURUN PADANG, DEKAT DENGAN KOMUNITI
19 September 2026 | Pantai Telok Kemang
Yang Dipertua MPPD, Tuan Hasnor bin Abd Hamid, turun padang meninjau secara langsung keadaan dan suasana semasa di sekitar Pantai Telok Kemang, termasuk aspek keselesaan, kebersihan, pengurusan kawasan serta pengalaman pengunjung.
Lawatan bersama Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan serta Unit Media, Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti ini mencerminkan komitmen berterusan MPPD dalam memastikan kawasan tumpuan pelancongan kekal terurus, selesa dan mesra pengunjung.






