05 Mei 2026
KERJA - KERJA PENURAPAN JALAN ROSAK DAN BERLUBANG
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan adanya kerosakan jalan dan berlubang di Bandar Springhill, Port Dickson pada 5 Mei 2026.
Bertindak atas aduan ,Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melaksanakan tindakan segera dengan menjalankan kerja - kerja penurapan ke atas jalan yang telah rosak dan berlubang bagi memastikan tahap keselamatan berada di tahap optimum serta menjamin kelancaran pergerakan pengguna yang melalui laluan tersebut.





