PEMERIKSAAN TAHAP PEMATUHAN BAGI CADANGAN MENURAP JALAN DI TAMAN POLITEKNIK HARTAMAS, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melalui Jabatan Kejuruteraan telah menjalankan pemeriksaan tahap pematuhan kerja-kerja penurapan jalan menggunakan kaedah Ujian Ketebalan Crusher Run (CBR Test) pada 12 Mei 2026.
Pemeriksaan tersebut dijalankan di kawasan Taman Politeknik Hartamas, Port Dickson bagi memastikan spesifikasi dan ketebalan lapisan crusher run berada dalam keadaan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan sebelum kerja penurapan jalan dilaksanakan.
Turut hadir meninjau sekitar kawasan projek tersebut ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini.
Pemeriksaan ini dilaksanakan sebagai langkah kawalan kualiti bagi memastikan mutu kerja berada pada tahap terbaik demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.





