LAWATAN TURUN PADANG YANG DIPERTUA MPPD KE TAPAK PROJEK PUSAT DATA DI BANDAR SPRINGHILL, PORT DICKSON
Daerah Port Dickson bakal menjadi sebuah daerah yang berkembang maju dengan adanya sebuah pusat data yang sedang dalam pelaksanaan di kawasan perindustrian Bandar Springhill, Port Dickson.
Pada 20 Mei 2026, Yang Dipertua MPPD telah meluangkan masa turun padang ke tapak projek pembinaan pusat data bagi meninjau kemajuan terkini pelaksanaan kerja pembinaan.
Lawatan ini turut disertai oleh Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi menilai dan mendapatkan gambaran sebenar status pelaksanaan projek di tapak.
Pembangunan ini dijangka menjadi pemangkin utama dalam mentransformasi Bandar Springhill dan kawasan sekitarnya menjadi hab teknologi moden bertaraf antarabangsa.
Beliau diberikan penerangan oleh wakil Gamuda Berhad dan dibawa melawat sekitar kawasan tapak projek.
Status terkini projek menunjukkan kerja-kerja tanah siap dilaksanakan dan kini memasuki fasa pembinaan struktur bangunan.





