OPERASI KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BENTENG MALAM
Port Dickson, 22 Mei 2026 – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan kerjasama SWCorp serta SWM Environment Sdn. Bhd. Cawangan Port Dickson telah melaksanakan operasi kerja-kerja pembersihan di kawasan Tapak Benteng Malam, Bandar Port Dickson.
Operasi ini diketuai oleh Ahli Majlis MPPD, Encik Faizal bin Abdul Ghapar bersama Tuan Setiausaha MPPD, Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini serta diiringi oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPPD, Haji Muhammad Bazlan bin Abdul Rahman bersama warga kerja jabatan terlibat termasuk wakil Jabatan Pelesenan MPPD.
Pelaksanaan operasi ini merupakan tindakan susulan hasil lawatan Tuan Yang Dipertua MPPD pada 20 Mei 2026 bagi meneliti beberapa isu kebersihan dan penyelenggaraan di kawasan Benteng Malam Port Dickson.





