KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SEMAK SAMUN DI TAMAN PUTERI, PORT DICKSON
Port Dickson, 23 Julai 2026 – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan semak samun susulan aduan awam yang diterima di kawasan berhampiran Taman Puteri.
Hasil siasatan mendapati aduan berpunca daripada tanaman milik penduduk yang tidak diselenggara dan telah menceroboh kawasan tanah awam sehingga mengganggu laluan serta membahayakan pengguna jalan raya.
Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan bagi memastikan laluan tersebut kembali selamat, bersih dan selesa digunakan oleh orang ramai. Operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Unit Perparitan dan Longkang MPPD.





