MEMPERKUKUH SINERGI, MEMPERKASA AGENDA PEMBANGUNAN PORT DICKSON
PORT DICKSON | 9 SEPTEMBER 2026 (RABU)
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berbesar hati menerima kunjungan lawatan YB Tuan Haji Abdul Fatah bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, yang telah disambut oleh Yang Dipertua MPPD, Tuan Hasnor bin Abd Hamid, di Ibu Pejabat MPPD.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama serta kesepakatan antara MPPD dan pemimpin tempatan, khususnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan dan pembangunan di kawasan Bagan Pinang terus dipertingkatkan selaras dengan keperluan masyarakat.
MPPD percaya bahawa pembangunan yang mampan bukan hanya bergantung kepada perancangan dan pelaksanaan, tetapi turut diperkukuh melalui kesepaduan visi, kerjasama rentas agensi dan keterlibatan semua pihak berkepentingan.





