SESUAP KASIH, SEJUTA HARAPAN — ENDOWMEN MPPD MENYANTUNI GENERASI MASA DEPAN!
PROGRAM SARAPAN PERCUMA @ SK TANJONG AGAS, PASIR PANJANG
Setiap anak berhak memulakan hari persekolahan dengan penuh semangat dan senyuman. Berteraskan semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) terus komited menyantuni komuniti menerusi Program Sarapan Percuma di bawah Inisiatif Endowmen MPPD, yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tanjong Agas, Pasir Panjang, Port Dickson.
Berlangsung dari jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi, program ini telah memberi manfaat kepada 133 orang murid dengan menyediakan sarapan sebelum mereka memulakan sesi pembelajaran. Inisiatif ini bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas murid, malah menyemai nilai keprihatinan, kebersamaan dan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir ialah YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD, YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD, Puan Suzanna binti Sahri dari Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson, Puan Suraya binti Harun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Tanjong Agas, ahli-ahli Jawatankuasa Komuniti Sejahtera LA21, serta pegawai dan kakitangan Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD.
Endowmen MPPD — Menyantuni Hari Ini, Membina Generasi Esok.





