LAWATAN TURUN PADANG SETIAUSAHA MPPD KE PUSAT PENJAJA BERGERAK BAGAN PINANG DAN KAWASAN SEKITARNYA
Lawatan yang telah dijalankan pada 5 Jun 2026 telah diselaraskan oleh Jabatan Pelesenan dan turut dihadiri bersama Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini,Setiausaha MPPD, Jabatan Pengkuatkuasaan dan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Beberapa lokasi telah dipilih dengan tujuan memantau aktiviti serta pematuhan syarat pelesenan.
Lawatan bermula dengan taklimat ringkas daripada Pengarah Jabatan Pelesenan, Encik Muhammad Zaki bin Yahya dan seterusnya bergerak ke lokasi. Lokasi pertama adalah di Pusat Penjaja Benteng Malam, Restoran Ruang Abstrak, penjaja berhampiran Medan Ikan Bakar MPPD, dan Restoran Sharif di Taman Ria. Kemudian lawatan diteruskan ke lokasi akhir iaitu di Pusat Penjaja Trak Makanan Pantai Bagan Pinang dan Pusat Penjaja Berbumbung Bagan Pinang.
MPPD komited dalam memastikan pengurusan kawasan pelancongan dan perniagaan di Port Dickson sentiasa berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan komuniti dan imej daerah sebagai destinasi pelancongan utama.





