AKTIVITI MENGECAT SEMULA TAPAK PENJAJA SEMENTARA SUNGGALA GATEWAY 2026
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah membuat aktiviti mengecat semula tapak di Sunggala Gateway, Batu 6 Jalan Pantai pada 1 & 2 Mei 2026.
Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada skop tugas Jabatan Pelesenan yang dilaksanakan oleh Pembantu Kesihatan Awam serta Pembantu Khidmat Am bagi memastikan lokasi yang dicadangkan memenuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.
MPPD turut menekankan kepentingan kepada semua peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan perniagaan serta tidak meninggalkan sebarang peralatan atau kelengkapan berniaga di tapak selepas tamat operasi. Langkah ini penting bagi memastikan persekitaran sentiasa teratur dan bersih, selaras dengan usaha mengekalkan imej Port Dickson sebagai salah satu bandar pelancongan utama di Negeri Sembilan.





