ANUGERAH BANDAR PALING BAHAGIA 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Majlis Perbandaran Port Dickson menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025 (Kategori Majlis Bandaraya / Perbandaran) sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.4/2025 yang telah diadakan di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma Majlis Bandaraya Seremban.
Penyampaian sijil dan cenderahati penghargaan diterima oleh YBrs Tuan Hasnor bin Abd. Hamid, Yang Dipertua MPPD dan turut diiringi TPr. Ahmad Hashim bin Bakar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPPD.
MPPD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen dan kerjasama sehingga melayakkan Port Dickson dinobatkan antara 20 bandar paling bahagia bagi tahun 2025. Semoga anugerah yang diterima ini menjadi inspirasi dan semangat buat semua penduduk Port Dickson untuk terus bahagia.