PORT DICKSON 5 MEI 2026 – BENGKEL PENETAPAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU)
Bengkel Penetapan Sasaran Kerja Utama (SKU) telah diadakan di Thistle Port Dickson Resort bermula 4 – 5 Mei 2026 ( Isnin – Selasa). Bengkel ini telah dihadiri oleh semua Pengarah, penolong pengarah dan kakitangan dari setiap Jabatan, Bahagian dan Unit di MPPD. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD dan Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD.
Setiap jabatan di MPPD telah diberikan Sasaran Kerja Utama(SKU) yang khusus bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga dan pengunjung Port Dickson.





