HARI KEDUA PRELUDE PESTA PORT DICKSON 2026
Hari kedua berlangsung dengan sambutan yang cukup menggalakkan apabila pelbagai aktiviti berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung. Selain persembahan hebat daripada One Avenue Band yang mendapat sorakan hangat, pengunjung juga tidak melepaskan peluang mengunjungi deretan pempamer, flea market serta menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan.
Selain itu, terdapat pameran aset-aset tentera untuk dikunjungi, jangan lepaskan peluang yang menarik ini.
Disamping itu, terdapat kaunter bergerak dr pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk para pengunjung.
Dan tidak dilupakan, para pengunjung dijemput untuk merasai pengalaman yang mendebarkan di rumah hantu yang telah dibawa khas bagi prelude pesta port dickson kali ini.
Bagi yang mencari pelbagai barangan keperluan harian dengan harga yang murah, khemah jualan rahmah ada disediakan.
Kepada semua siswa dan siswi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Voucher Siswa RM5 di Booth MPPD.





