05 Mei 2026
KERJA-KERJA KECEMASAN AKIBAT POKOK TUMBANG YANG MENGHALANG LALUAN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menerima aduan mengenai pokok tumbang yang menghalang laluan jalan di Taman Tun Sambathan, Port Dickson pada 5 Mei 2026.
Bertindak atas aduan yang diterima ,tindakan pantas telah dilaksanakan oleh Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi memastikan keselamatan orang awam dan penduduk di kawasan tersebut terjamin.





