KERJA-KERJA PEMBERSIHAN LONGKANG DI TAMAN SELAYANG, PORT DICKSON
Port Dickson, 5 Mei 2026 – Jabatan Perkhidmatan Perbandaran telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan Taman Selayang susulan aduan berkenaan saliran tersumbat akibat timbunan sampah sarap.
Hasil pemeriksaan mendapati halangan berpunca daripada rumput panjang serta pembuangan sampah ke dalam sistem saliran.
Keadaan ini telah menyebabkan gangguan aliran air, seterusnya menimbulkan bau yang kurang menyenangkan serta meningkatkan risiko berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, tindakan segera telah diambil bagi memastikan sistem saliran kembali berfungsi dengan baik dan lancar demi kesejahteraan penduduk setempat.
Orang awam dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran, khususnya dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang serta memastikan kawasan premis masing-masing sentiasa bersih.





