KONVENSYEN STRATA TAHUN 2026 ANJURAN MPPD
16 Jun 2026, Port Dickson - Konvensyen Strata 2026 bertemakan “Pengurusan Strata Berintegriti, Cekap dan Selamat” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor pengurusan strata.
Konvesyen ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan bertempat di Thistle Port Dickson Resort.
Konvensyen anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan keselamatan bangunan, pengurusan kewangan strata serta penguatkuasaan tunggakan caj penyenggaraan demi mewujudkan komuniti strata yang lebih mampan, harmoni dan selamat.





