KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON (JPPH MPPD) KEPADA PENGARAH PENILAIAN NEGERI, JABATAN PENILAIAN DAN PERKIDMATAN HARTA NEGERI SEMBILAN (JPPH NS)
19 Mei 2026, Seremban - Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Port Dickson, Sr Hafizi bin Jamil telah membuat kunjungan hormat ke Pengarah Penilaian Negeri, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan(JPPHNS). Turut hadir bersama ialah Puan Sri Rahayu Ningsih binti Suwarno, Penolong Pegawai Penilaian.
Kunjungan ini telah disambut baik oleh Pengarah Penilaian Negeri Sembilan iaitu YBrs. Sr Tan Eng Peik dan juga Sr Fariq Anwar bin Abd Rahman, Penilai Daerah Seremban bersama-sama dengan barisan Pegawai Penilaian JPPH Negeri Sembilan.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara JPPH MPPD dan JPPH Negeri Sembilan di samping membincangkan beberapa perkara berkaitan profesion penilaian dan juga kerja-kerja penilaian terutamanya di daerah Port Dickson disamping bertukar-tukar idea dan pendapat dalam meneroka peluang untuk kerjasama antara jabatan yang lebih erat lagi di masa akan datang.





