LAWATAN KERJA STRATEGIK KE MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menerima Lawatan Kerja YB Tuan Siow Kong Choon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan. Lawatan ini turut dihadiri bersama Puan Norfazrin binti Mohamad Noh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, pada 10 September 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk mendengar taklimat berkenaan perkembangan pentadbiran MPPD sambil mendengar amanat YB Exco berteraskan NS360 ke arah pentadbiran PBT yang saling terhubung (Connected), pendigitalan (Digital) dan Mampan (Sustainable).
YB Exco juga turut meninjau pengoperasian _Integrated Command Centre MPPD_ yang dilengkapi CCTV berteknologi AI bagi pengurusan kawalan dan pemantauan keselamatan bandar dan lokasi-lokasi tumpuan pelancongan pantai.





