LAWATAN PEMANTAUAN ADUAN OLEH YANG DIPERTUA DAN SETIAUSAHA MPPD KE BATCHING PLANT, SPRINGHILL
Port Dickson, 24 Jun 2026 – Satu lawatan dan tinjauan berkaitan aduan telah dilaksanakan oleh Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) bersama ketua-ketua jabatan teknikal dalaman MPPD yang berkaitan di sebuah Blbatching plant yang terletak di Batu 9, Jalan Port Dickson–Seremban, Springhill.
Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen yang sah serta tidak mempunyai kelulusan daripada MPPD.
Sehubungan itu, MPPD telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan kompaun serta surat arahan perobohan terhadap struktur yang terlibat bagi memastikan pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
MPPD akan terus memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana premis yang didapati melanggar syarat serta peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Video Rasmi Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSCjnPrdh/





