LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD KE
CADANGAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN YANG MENGANDUNGI 58 UNIT RUMAH TERES SETINGKAT (RT) & 26 UNIT RUMAH MAMPU MILIK SETINGKAT (RMM) BAGI TETUAN GEMILANG MUHIBAH SDN. BHD.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan Perumahan di Taman Belida Fasa 2, Teluk Kemang pada 19.06.2026
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Perancang Bandar MPPD, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, MPPD dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.





