LAWATAN PEMERIKSAAN TAPAK (INTERIM) JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD
CADANGAN MEMBINA LOJI PRA-RAWATAN MINYAK SAWIT MENTAH (CPO) BERKAPASITI 420 TAN SEHARI DAN LOJI PALM METHIL ESTER (PME) BERKAPASITI 400 TAN SEHARI BERSERTA BANGUNAN KEMUDAHAN SOKONGAN YANG MENGANDUNGI 1 UNIT BANGUNAN PEJABAT 1 TINGKAT.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Tapak Interima bagi Projek Petron Malaysia Refining & Marketing BHD pada 10.06.2026
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD, bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson





