28 Apr 2026
LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEMASANGAN LAMPU HIASAN PADA POKOK AMENITI DI BANDAR PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan tapak bagi cadangan pemasangan lampu hiasan pada pokok ameniti di hadapan Restoran Deen Berjaya Kari Kepala Ikan serta pokok yang berhampiran pada 28 April 2026.
Lawatan ini telah diselaraskan oleh Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, MPPD bersama pemilik restoran bagi membincangkan cadangan pelaksanaannya.





