14 Mei 2026
LAWATAN TAPAK BAGI PEMASANGAN SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI KAWASAN MPPD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan Lawatan Tapak bagi Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) pada 14 Mei 2026 melibatkan 10 lokasi di kawasan MPPD. Lawatan ini bertujuan untuk meneliti kesesuaian lokasi serta memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar selaras dengan aspek keselamatan, pemantauan dan pengurusan kawasan awam yang lebih berkesan.





