LAWATAN TAPAK UNTUK PROGRAM BANDAR SELAMAT 2.0 TAHUN 2026 DI HADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI ABDUL SAMAD PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) komited dalam memperkasakan agenda keselamatan komuniti menerusi penyertaan dalam Program Bandar Selamat 2.0 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia).
Satu lawatan tapak dan sesi taklimat kerja telah diadakan hari ini bagi membincangkan pelaksanaan projek menaiktaraf laluan pejalan kaki serta kerja-kerja berkaitan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad(SDASA), Port Dickson bersama dengan kontraktor yang dilantik.
Projek ni melibatkan dengan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM550,000.00. Kerja-kerja fizikal di tapak dijadualkan bermula pada 15 Jun 2026 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 September 2026.
Lawatan tapak ini melibatkan Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan bersama dengan kontraktor yang dilantik dan disertai oleh Ahli Majlis Zon 13 En. Faizal Bin Abdul Ghapar, Ahli Majlis Zon 10 - En. Muhammad Izzat Isam Bin Bunandar. Turut menyertai sesi lawatan ini ialah Pengetua Sekolah SDASA, Pn. Norhayati binti Kamarudin dan Dato' Dr. Rajasekaran a/l Gunnasekaran
MPPD mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia) di atas peruntukkan ini. MPPD berharap projek ini dapat memberikan keselesaan serta meningkatkan tahap keselamatan di persekitaran sekolah buat seluruh warga SMK Datuk Haji Abdul Samad dan komuniti setempat lebih terjamin.





