LAWATAN TURUN PADANG BAGI SEMAKAN TERHADAP KEADAAN BANGUNAN YANG DIDIRIKAN BAGI TUJUAN PENGENAAN CUKAI BAHARU YANG AKAN DILAKSANAKAN*
Port Dickson, 30 Julai 2026 – Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Sr Hafizi bin Jamil telah mengadakan lawatan turun padang bersama Encik Zainazrin bin Zainal Abidin, Manager (Environment & Compliance) dan Encik Vhasu Varatha, (Project Manager) wakil bagi Cenviro Sdn. Bhd bertempat di Ladang Tanah Merah A3 Divison, Bukit Pelandok.
Lawatan tapak ini diadakan bagi melaksanakan semakan terhadap keadaan fizikal bangunan, mengenal pasti dan mengesahkan jenis bangunan serta fungsi penggunaan setiap bangunan yang didirkan untuk pengumpulan maklumat bagi tujuan penilaian dan pengenaan cukai baharu yang akan dilaksanakan kelak.
Semasa lawatan berlangsung, wakil pihak syarikat telah memberikan kerjasama sepenuhnya membawa pegawai-pegawai melawat kawasan premis dan memberikan penjelasan berkaitan penggunaan setiap bangunan yang ada.





