LAWATAN TURUN PADANG BERSAMA TUAN YANG DIPERTUA MPPD - ISU SAMPAH BERHAMPIRAN PERHENTIAN BAS HADAPAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG
Port Dickson, 15 Jun 2026 – Tuan Yang Dipertua MPPD, bersama pengarah-pengarah dan kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar serta Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melakukan tinjauan untuk melihat keadaan semasa di kawasan berhampiran perhentian bas hadapan Sekolah Kebangsaan Telok Kemang.
Berdasarkan tinjauan, didapati dua penjaja di lokasi dan penjaja turut membantu menyediakan tong sampah sementara untuk kegunaan pelanggan yang kebanyakkannya adalah para pelajar.
Para peniaga telah diingatkan untuk menjaga kebersihan persekitaran tambahan lagi Teluk Kemang adalah antara pusat tarikan pelancongan di Port Dickson.
Untuk rekod, pihak MPPD dengan kerjasama SWME Sdn Bhd secara berkala telah melaksanakan kerja pembersihan bahu jalan di lokasi ini disebabkan keadaan sampah yang banyak demi menjaga keselesaan pengunjung.
Oleh yang demikian, MPPD menyeru agar orang ramai turut sama membantu untuk memastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah untuk keselesaan semua. Kegagalan untuk orang awam membuang sampah ke dalam tong sampah boleh mengakibatkan didenda sehingga RM2000 dan dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam.





