LAWATAN TURUN PADANG BERSAMA YANG DIPERTUA DAN SETIAUSAHA MPPD DI PPR LADANG TANAH MERAH (DESA TANJUNG), PORT DICKSON
Pada 18 Jun 2026, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor bin Abd Hamid bersama Setiausaha MPPD, Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, telah mengadakan lawatan turun padang ke PPR Ladang Tanah Merah (Desa Tanjung), Port Dickson bagi meninjau isu semak samun dan kebersihan di kawasan perumahan tersebut.
Lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan. Susulan lawatan tersebut, MPPD akan membantu melaksanakan kerja-kerja pembersihan awalan melibatkan semak samun serta penyelenggaraan pokok di kawasan yang terlibat bagi memastikan persekitaran kawasan perumahan sentiasa bersih, teratur dan selamat.





