LAWATAN TURUN PADANG YANG DIPERTUA MPPD KE PANTAI BAGAN PINANG, PORT DICKSON
Pada 15 Jun 2026, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor bin Abd Hamid, telah mengadakan lawatan turun padang ke Pantai Bagan Pinang, Port Dickson bagi meninjau keadaan semasa kawasan pantai serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan yang dapat meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung.
Lawatan ini turut disertai oleh Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar serta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan MPPD.
Sepanjang lawatan, pelbagai aspek telah diteliti termasuk keadaan infrastruktur, landskap, kebersihan kawasan, kemudahan awam serta keperluan penyelenggaraan di sekitar pantai. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memperindah kawasan, meningkatkan tahap keselamatan dan menambah baik kemudahan yang disediakan untuk kegunaan orang ramai.
Lawatan ini menjadi platform penting dalam mengenal pasti keutamaan tindakan serta perancangan penambahbaikan yang bersesuaian bagi memastikan Pantai Bagan Pinang terus kekal sebagai destinasi rekreasi dan pelancongan yang menarik, selesa dan mesra pengunjung.
Usaha ini selaras dengan komitmen MPPD dalam memperkukuhkan kualiti kemudahan awam serta memastikan kawasan pelancongan di Port Dickson sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk dinikmati oleh penduduk dan pelancong.





