LAWATAN TURUN PADANG YDP MPPD BAGI KERJA NAIK TARAF KEMUDAHAN DI KAWASAN PANTAI
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan melibatkan beberapa jabatan MPPD bersama Yang DiPertua MPPD di kawasan Pantai Tanjung Gemok dan Pantai Batu 4 pada 18 Mei 2026.
Lawatan turun padang ini telah diselaraskan oleh Pejabat Yang Dipertua MPPD dan turut dihadiri oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Perkhidmatan, Perbandaran dan Kesihatan MPPD.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk mengenalpasti kerja-kerja dan cadangan pembaikan kemudahan yang boleh dilaksanakan untuk keselesaan pengunjung pantai.





