16 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menyertai Operasi Bersepadu sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diterajui dan diselaraskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar kawasan Port Dickson. Penglibatan MPPD adalah sebagai agensi sokongan dalam memperkukuhkan kerjasama antara jabatan bagi memastikan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara sepanjang musim perayaan.
Operasi melibatkan pemeriksaan di empat (4) premis hiburan dan restoran.
(1) tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK 3 atas kesalahan berniaga tanpa lesen tred. Semasa operasi dijalankan, tiada sebarang aktiviti hiburan live band dikesan.
Selain itu, tiga (3) tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPPD) 2010 atas kesalahan tiada suntikan tifoid dan premis tidak bersih.
Dalam operasi yang sama, pihak PDRM turut berjaya menahan seorang pekerja asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah untuk tindakan lanjut.
Secara keseluruhan, sebanyak empat (4) tawaran kompaun telah dikeluarkan oleh MPPD dalam operasi ini.
MPPD akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang kecil serta menjamin kesejahteraan dan keselamatan awam di daerah ini.





