PROGRAM ‘JOM HENTIKAN BEG PLASTIK SEKALI GUNA’
Majlis Perbandaran Port Dickson melalui Jabatan Pelesenan telah berjaya melaksanakan satu program kesedaran pada 6 Jun 2026 dengan kerjasama penganjur Pasar Malam Bandar Port Dickson serta pengunjung setempat.
Program ini memberi tumpuan kepada kempen menghentikan penggunaan plastik sekali guna serta menggalakkan amalan guna semula dan pengurangan sisa plastik dalam kalangan masyarakat.
Antara objektif utama program ini adalah untuk:
Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesan penggunaan plastik sekali guna
Menggalakkan penggunaan bekas dan bahan guna semula
Membudayakan amalan mesra alam dalam kehidupan seharian





