PROGRAM BERSIH DAN SIHAT
Tarikh : 12 Jun 2026
Lokasi: Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung
Bersempena dengan pembukaan semula Jambatan Pantai Cahaya Negeri kepada orang awam sejak 1 Jun yang lalu, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan telah melaksanakan Program Bersih Sihat MPPD di kawasan tersebut.
Program ini bertujuan untuk menggalakan gaya hidup aktif disamping melaksanakan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk di kawasan awam.
Program ini dihadiri oleh sebahagian kakitangan JPPK, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD.
Program dimulakan dengan taklimat ringkas, dikuti sesi senaman regangan badan, briskwalk sekitar PCN dan Jambatan PCN dan seterusnya diteruskan aktiviti plogging di kawasan berhampiran jambatan sekaligus memusnahkan tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk yang boleh mengancam pengunjung.
MPPD komited menyediakan kemudahan untuk orang ramai menikmati keindahan pantai dan laut serta beriadah bersama keluarga di pantai Port Dickson. Dalam masa yang sama, para pengunjung diseru untuk sama-sama menghargai dengan menjaga kemudahan yang disediakan dan kebersihan kawasan sekitar.





