PROGRAM PD BERSIH KOMUNITI SEJAHTERA BERSAMA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI UNITEN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjayakan PD BERSIH KOMUNITI SEJAHTERA dengan menjalankan aktiviti gotong - royong pembersihan pantai bersama institut pengajian tinggi UNITEN pada 26 April 2025.
Program ini telah dijayakan oleh Jabatan Perbandaran, Kesihatan dan Persekitaran, MPPD bersama Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti, MPPD.
Seramai 50 peserta terlibat dalam aktiviti tanggungjawab sosial di kawasan Pantai Teluk Kemang.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah pembersihan pantai dan wakaf-wakaf yang berada di sekitar pantai.