Projek PD Cepat Raih Pengiktirafan Projek Berpotensi Tinggi Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026.
Satu lagi pencapaian membanggakan buat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Projek "Transformasi Proses Kelulusan: Memacu Pelaburan Berimpak Tinggi Port Dickson" telah menerima pengiktirafan sebagai Projek Berpotensi Tinggi dalam Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 29 Jun 2026. Sijil telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada YBhg. Dato’ Rozitta binti Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan) Negeri Sembilan mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir bagi menyaksikan penyampaan sijil tersebut ialah YBrs. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson serta wakil pasukan projek.





