SESI PEMBENTANGAN PENGGUNAAN DRON LIDAR MAPPING
Pada 23 Februari 2026 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menjemput pihak pembekal dari Aonic Sdn bhd untuk menyampaikan taklimat berkaitan penggunaan Dron Lidar pelbagai jenis diantaranya Model DJI M400, DJI Z001 dan DJI MT4T. Pembentangan ini turut dihadiri oleh Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Port Dickson.
Tujuan pembekal dijemput adalah untuk menerangkan penggunaan beberapa model Dron yang boleh diguna pakai oleh Pihak MPPD bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja pemantauan secara berkala, kerja-kerja yang melibatkan penandaan sesuatu kawasan, kerja-kerja mengukur sesuatu bangunan dan kerja-kerja berkaitan pemantauan keselamatan.
Seiring peredaran pembangunan teknologi, penggunaan dron dapat membantu kerja-kerja pemeriksaan dan pemantauan boleh dilakukan dengan lebih mudah dan lebih tepat. Selain itu juga, pengguna akan memperolehi data-data beserta bukti-bukti bergambar dan video yang boleh dirakam oleh dron tersebut serta dapat memeriksa kawasan yang sukar untuk dimasuki secara fizikal.





