05 Mei 2026
SESI PEMERIKSAAN AKHIR TEKNIKAL DI TAPAK PROJEK MEMBINA BUMBUNG BOLA KERANJANG DI SRI PARIT, LUKUT, PORT DICKSON
Jabatan Kejuruteraan ,Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menjalankan pemeriksaan akhir di tapak pembinaan bumbung bola keranjang di Kg Sri Parit, Port Dickson pada 5 Mei 2026.
Pemeriksaan ini dilaksanakan oleh Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan MPPD bagi memastikan pihak kontraktor mematuhi segala spesifikasi yang telah ditetapkan di tapak pembinaan.





