SESI USER ACCEPTANCE TEST (UAT) BAGI LOKASI BAHARU SISTEM KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) DI KAWASAN MPPD
Majlis Perbandaran Port Dickson telah melaksanakan Sesi User Acceptance Test (UAT) bagi pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokasi baharu pada 2 September 2026 melibatkan sebanyak 10 lokasi di sekitar kawasan pentadbiran MPPD.
Pelaksanaan sesi UAT ini bertujuan untuk menguji, menilai dan mengesahkan tahap kefungsian serta prestasi keseluruhan Sistem CCTV sebelum proses penyerahan rasmi dilaksanakan. Pengujian merangkumi aspek pengoperasian kamera, kestabilan rangkaian komunikasi, penghantaran paparan secara masa nyata serta fungsi sistem di pusat pemantauan bagi memastikan kesemuanya beroperasi dengan sempurna serta mematuhi spesifikasi teknikal dan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan.
Sesi UAT ini telah diselia dan diselaraskan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Penguatkuasaan serta Jabatan Landskap & Pengindahan Taman





