Balai Cerap Teluk Kemang yang mempunyai kubah dan menghadap ke perairan Selat Melaka dilengkapi dengan teleskop bersaiz 24 inci dan uniknya ia berkemampuan membuat cerapan sehingga 0 darjah bagi tujuan cerapan hilal ataupun anak bulan. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.
Maklumat Lanjut :
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel: 06-648 7888