MENU

Haji Ab. Khalid bin Mat

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada pelawat-pelawat Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Portal Rasmi MPPD merupakan salah satu mercu tanda IT dalam aspirasi MPPD untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut seruan dasar-dasar ICT kerajaaan secara proaktif.

Pengunjung-pengunjung Portal Rasmi MPPD akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai MPPD. Kami di MPPD mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari pengunjung-pengunjung portal ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Port Dickson sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya.

Bertepatan dengan moto MPPD ‘Kebersihan Keutamaaan Kami', saya menyeru kepada semua pihak supaya kita dapat bersama-sama berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.

Selamat melayari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sekian, Terima kasih.

Dato' Ab. Khalid bin Mat
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson